Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 12 March 2013

AMEKAWWW!! Ceramah Tian Chua Di Felda Pasoh 3 Dibatalkan!

Satu ceramah yang membabitkan ahli parlimen Batu, Tian Chua di Felda Pasoh 3, Jempol terpaksa dibatalkan akibat bantahan beberapa NGO yang marah dengan kenyataan beliau yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, sebagai sandiwara UMNO.

Dipercayai bantahan yang dilakukan oleh GMPN dan beberapa NGO di kawasan Jelebu pada satu ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jelebu, di markas PAS Felda Pasoh 3, Jempol.

Pihak berkuasa diberitakan membatalkan ceramah tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada 1 Mac yang lalu, Portal Keadilan Daily melaporan kenyataan Tian Chua yang mendakwa pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara Kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

Sehingga kini, 205 laporan polis tekah direkodkan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. SUMBER

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC