Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 21 March 2013

THE BIGEST AGENDA OF BERSIH 3.0.. "TERSIRAT YAHUDI/ZIONIST??



Dr Gene Sharp orang yang bertanggungjawab secara tidak langsung dalam menggulingkan kerajaan di negara-negara timur tengah. Melalui bukunya yang bertajuk The Politics of Nonviolent Action, Vol. 2: The Methods of Nonviolent Action, Sharp ada menggariskan 198 'senjata' untuk memenangi sebuah revolusi dengan berbekalkan senjata utamanya "DEMONSTRASI", beliau menggariskan cara untuk berdemo demi menggulingkan sesebuah kerajaan. Diberitakan, puluhan salinan risalah 198 cara bagi Nonviolent Resistance di edarkan kepada belia-belia di Mesir sepanjang tempoh proses pemberontakan dan penggulingan kuasa. Berselindung dengan tulisan arab, para belia di pergunakan dalam penjajahan bentuk idealogi yang digagaskan oleh Gene Sharp ini.

Berbalik kepada siapa Gene Sharp? Dilahirkan pada 28-01-1928, beliau seorang "american with a Jewish Connection". Bersama-sama Peter Ackerman, beliau mengasaskan sebuah yayasan - Albert Einstein Institution (1983); sebuah pertubuhan bukan keuntungan (NPO) bagi memajukan penggunaan 'Nonviolent Resistance' dalam konflik di seluruh dunia. Ternyata ia adalah satu lagi bentuk penjajahan idealogi oleh aktivis pro-yahudi dalam menjajah pemikiran umat Islam di seluruh di dunia.

Dalam usaha yang sama, sebuah pertubuhan dari Serbia menamakan diri mereka CANVAS (Centre for Applied Non Violence) telah mengembeling tenaga dalam merealisasikan teori Sharp di seluruh dunia.

Mengulas temubual Ruaridh Arrow dalam artikelnya di BBC News, "When I met Srdja Popovic the director of CANVAS in Belgrade in November he confirmed that they had been working with Egyptians. "That's the power of Sharp's work and this non-violent struggle," he says. "It doesn't matter who you are - black, white, Muslim, Christian, gay, straight or oppressed minority - it's useable. If they study it, anybody can do this."

Menyorot Demo Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April 2012 tahun lepas, ternyata ideologi CANVAS dan Sharp diguna pakai dengan meluas sepanjang demo. Adakah tragedi di Mesir harus berlaku lagi? Siapa dalang kepada perhimpunan ini? Umpama satu trend, kebangkitan rakyat di api-apikan di semua negara yang pemerintahannya bertahan lama terutamanya negara-negara Islam. Hoesni Mubarak, Muammar Ghadafi sudah tumbang. Pandang parti memerintah, bukan pemerintah. Sorotan kembali kejadian Bersih 3.0 sepintas lalu dan perhatikan '198 Nonresistance Violance method' revolusi pemberontakkan 'ciptaan' Gene Sharp.

Anasir subersif seperti ini harus di berikan perhatian oleh pihak berkuasa. Penjajahan alaf baru tidak perlu mengangkat senjata. Lebih banyak memainkan sentimen, provokasi dan permain persepsi. Demo Bersih 3.0 yang sepatutnya aman, telah bertukar ganas. 

SUMBER : APT
 

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC