Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 20 April 2013

PANASS!! (VIDEO) Zul Noordin Hina Masyarakat India lagi ke?? #BNbaru #PRU13



Heboh isu Zul Nordin yang menghina masyarakat India diperkatakan selepas nama beliau diumumkan sebagai calon menentang Khalid Samad bagi kerusi Parlimen Shah Alam. Bermula dengan sidang media sebuah NGO yang mendakwa mewakili majoriti masyarakat India.

Semalam dilaporkan sekitar 20 orang pemuda MIC dilaporkan mengadakan bantahan secara terbuka di Shah Alam dengan berpakaian BN. Saya cuba melihat apakah besar kesalahan yang dilakukan oleh Zul Nordin kepada masyarakat India?

Lalu terjumpa dengan video ceramahnya yang dirakamkan 10 tahun lalu ketika beliau masih menjadi ahli parti ekstrem agama iaitu PAS. Umum sedia maklum bahawa PAS merupakan sebuah parti yang ekstrem agama akibat terpengaruh dengan amanat Hadi.




Benar ia merupakan penghinaan kepada penganut agama Hindu, malah saya sendiri mengutuk sebarang perbuatan mengutuk dan mengeji kenyataan Zulkifli Nordin dalam video di atas.


Namun perlu diingat, kenyataan yang dirakam di atas adalah 10 tahun lalu - kenapa tidak siarkan sahaja apa kenyataan Anwar Ibrahim ke atas PAS semasa beliau bersama UMNO?

Zulkifli Nordin telah melakukan kesilapan, mempersendakan kepercayaan sahabat-sahabat saya berbangsa Hindu, namun sekurang-kurangnya beliau bertindak memohon maaf di atas keterlanjuran tersebut.

Pernahkah Anwar Ibrahim memohon maaf di atas penghinaannya ke atas PAS?

Setahu saya tidak pernah, namun lihatlah bagaimana Anwar Ibrahim dijilat oleh PAS sekarang, seolah-olah Anwar Ibrahim itu tidak pernah menghina mereka, kerana matlamat mereka adalah untuk jatuhkan BN. Wajib Baca selanjutnya...

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC