Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday 7 April 2013

#PG13:kenyataan nik aziz menimbulkan kemarahan umat islam#TOLAK PR

NIK AZIZ DIMINTA TARIK BALIK KENYATAAN....Ketua Umno Bahagian Kota Baharu Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataannya bahawa solat orang Umno tidak mendapat pahala supaya ia tidak mengelirukan umat Islam.

Beliau menyifatkan kenyataan tersebut seperti orang tidak berilmu dan boleh membawa kehancuran dalam kalangan orang Islam

 “Ingat dan sedarlah sebagai pemimpin yang berjawatan tinggi di Kelantan, jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana ramai yang mendengar dan memerhati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tautan Mahabbah Guru-Guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan Guru Kafa Parlimen Kota Baharu di sini, hari ini.

Mohamad Fatmi berkata ‘fatwa’ Mursyidul Am PAS itu seolah-olah melihat orang Umno terlalu jahil dalam bidang agama sedangkan institusi-intitusi pendidikan Islam yang tertubuh pada hari ini adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional.

“Kalau dahulu ada guru pengajian Islam sahaja tetapi demi mempertingkatkan pengetahuan Islam di kalangan pelajar di sekolah rendah maka kita wujudkan jawatan guru j-Qaf dan guru Kafa ini,” katanya.

Mohamad Fatmi turut menasihatkan pemimpin PAS itu supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyatan yang boleh mendatangkan kemarahan dalam kalangan masyarakat.

“Saya harap tiada lagi kenyataan-kenyataan pelik dan boleh menaikkan kebencian sesama Islam,” katanya.

Pada 4 April lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, terus mencetuskan kontroversi dengan mendakwa solat orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Kira-kira 400 guru pendidikan Islam, guru j-Qaf dan guru Kafa hadir dalam program Tautan Mahabbah Guru-Guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan Guru Kafa Parlimen Kota Baharu. 

Sumber: Bernama-SUMBER

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC