Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 8 June 2013

2 individu diburu POLIS serah diri kerana HINA YDPA

Hina Agong: Lagi Dua Individu Serah Diri


Baru tahu cuak!! masa keluarkan kenyataan tak pikiaq,dan kena buru kecut,dah tak cukup tanah ke nak menyorok,itu pasal serah diri.Bila kata mangkaq bahalol marah.Lain kali rasa diri tu manusia,belajar la hormat- menghormati orang lain dan hak asasi sama,jangan jadi perangai macam cilaka!!!

KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD), di sini, Jumaat. 

Jurucakap polis berkata kedua-dua mereka iaitu lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 30-an tiba di IPD itu pada pukul 3 petang, dengan ditemani seorang peguam.

Polis masih mengambil keterangan mereka, katanya ketika ditemui pemberita.
Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim yang kemudian menerima respons daripada pengguna lain.

 
Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis dan pada Khamis lepas, polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun di Ampang bagi membantu siasatan.

Wanita itu antara empat individu yang dicari polis berhubung kes itu. - BERNAMA 


p/s: bak kata perpatah "TELAJAK PERAHU BOLEH REVERSE,TELAJAK KATA BURUK PADAHNYA"

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC