Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday 7 June 2013

PANAS:JAMBATAN KEDUA KEBANGGAAN PULAU PINANG RUNTUH!!




GPB bila mendapat berita kemalangan di Jambatan Kedua P.Pinang  yang mana jejambat menyambung ke jambatan runtuh  petang tadi   di laman sosial & media online , satu lagi tragedi malang berlaku melibakan nyawa rakyat . Ramai rakyat marah &   mempersoalkan bila  kejadian kemalangan ini boleh berlaku .

GPB  sentiasa mengikuti perkembangan mengenai pembinaan jambatan ini  dan mempunyai ramai rakan yang bekerja dalam projek ini .

 Untuk pengetahuan semua , projek ini sebenarnya diberikan kepada  beberapa kontraktor melalui kaedah open tender melalui pelbagai Package .

Bagi  Package 3A ( Batu Maung Interchange )   ini diberikan oleh JKSB   kepada kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd .





Selalunya bila berlaku sebarang kemalangan ,  siasatan besar akan  dijalankan  oleh client iaitu JKSB untuk mencari punca sebenar kemalangan dan selepas itu senyap terus berita ini selepas beberapa bulan .

Bagi pandangan GPB ,  sewajarnya pihak kerajaan khususnya MOF , JKR , Lembaga Lebuhraya (LLM)   mengambil tindakan tegas terhadap JKSB , consultant  dan kontraktor di Package 3A ini .

Tak guna lagi kerajaan  berlembut kerana projek berbilion ringgit ini telah memalukan keseluruhan  pentadbiran kerajaan persekutuan dan berlaku pulak di negeri ditadbir DAP .  Persepsi rakyat terutama negeri ini  bila berlaku kemalangan ini ialah kontraktor yang buat kerja ini adalah dari  syarikat kroni BN .

Jadi , kerajaan tiada pilihan lain selain perlu bertindak samada menamatkan terus kontraktor ini dan menyiasat juga jika berlaku sebarang unsur penyelewengan ketika projek dijalankan .



Ini kerana banyak sangat  berita yang tak sedap didengar GPB mengenai projek ini  . Antaranya keangkuhan    MD nya  yang berasal dari  Ex JKR ini yang sering bercakap bahawa  projek  jambatannya adalah World Class .  Malah GPB masih lagi ingat lagi kenyataannya di media cetak bahawa jambatan dibina JKSB ini adalah tahan kepada gegaran gempa bumi & tsunami . klik di sini



Sekarang bila berlaku kejadian runtuh ini , adakah rakyat P.Pinang  boleh percaya lagi ke  jambatan ini tahan gempa bumi  & worldclass bridge ?  Dalam pembinaan pun dah berlaku runtuh .

Bila PM datang pada 30 April lepas , bukan main lagi temberang depan PM bahawa projek ini   boleh siap awal tapi sekarang apa dah jadi ??



Kalau di luar negara bila berlaku kemalangan besar seperti ini .. sudah lama Big Boss  syarikat meletak jawatan kerana merasa bertanggungjawab .

Tapi di Malaysia tak tahu la samada kerajaan diterajui Najib nak lagi simpan MD   seperti ini  . Najib harus ingat JKSB adalah milik Kementerian Kewangan dan kalau tiada tindakan drastik , rakyat akan akan persoalkan nanti  ketelusan kerajaan .




*** kalau dia ni kerja MD GLC ..dah lama  dinasihat RESIGN oleh Board  !






Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi.

Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, siasatan lanjut berkenaan punca kejadian sedang dijalankan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok.

“Kita masih siasat punca kejadian dan JKSB akan keluarkan kenyataan berhubung kejadian ini selewat-lewatnya pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, seorang saksi kejadian Zalali Mohamad, 30, berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan beliau melihat beberapa kenderaan yang melalui jalan itu dihempap runtuhan berkenaan.

“Saya berada tidak jauh dari tempat kejadian dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat..apabila saya berpaling melihat jambatan itu saya nampak beberapa buah kenderaan dihempap runtuhan berkenaan.

“Saya tidak pasti berapa jumlah kenderaan yang terlibat tetapi saya nampak sebuah kereta dan motosikal dihempap,” katanya.

Sehingga kini kerja-kerja mengalihkan runtuhan sedang giat dijalankan oleh anggota penyelamat.

Jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan.-SUMBER


No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC