Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 13 July 2013

NGERI: Aksi "Celebration" Gol Yang Membawa Padah ( Video ).




Aksi "celebration" merupakan ritual yang kerap dilakukan oleh para pemain bola sepak ketika berjaya menjaringkan gol di gawang lawan. Pelbagai ekspresi ditunjukkan pemain untuk menunjukkan kegembiraan kerana hasil usaha keras mereka berjaya membuahkan hasil. Dari dari gerakan sederhana, hingga tarian rumit yang sukar diikuti.


Namun di Brazil, "celebration" yang dilakukan oleh salah seorang pemain membawa musibah kepada beliau. Nasib malang itu dialami oleh pemain yang baru berusia 19 tahun, Maurides ketika mewakili pasukannya, Internacional menghadapi America MG pada perlawanan Copa do Brasil.

Kejadian itu bermula ketika Maurides menjaringkan gol ketiga pada minit ke-88. Gol tersebut dirasakan sangat istimewa kerana menjadi gol pertama pemain muda itu didalam karier profesionalnya.

Selepas membolosi gawang pihak lawan, Maurides yang kegirangan terus berlari dan melakukan aksi balik kuang untuk merayakan gol tersebut. Sayangnya, nasib malang menimpanya. Ketika mendarat, berat badannya telah membebani lutut pemain itu dan sekaligus mencederakan beliau.

Dia memegang lutut kanannya dan mengerang kesakitan. Pemain ini terpaksa dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.sumber



Saksikan video di bawah.

1 comment:

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC