Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 22 August 2013

Eksklusif, [34 Gambar] Sekitar Bas Jatuh Gaung 200 Kaki Genting Highland , Senarai Nama Mangsa Cedera Bas Jatuh Gaung

Sekitar jam 2.25 petang tadi kita di kejutkan dengan berita sebuah bas henti-henti bergerak di KM3 , Jalan Genting ke Kuala Lumpur  mengalami kemalangan jalan raya ( Jatuh Gaung ) . Bas yang di percayai membawa lebih dari 50 penumpang terjunam lebih 50 meter ke dalam gaung.
Berita terkini yang saya dapat pada 9.26 PM. Jumlah mangsa yang terlibat di dalam kemalangan di Genting Highland tersebut  , Jantina dan Bangsa mangsa telah pun ketahui. Walaubagaimana pun anjing pengesan ( k9 ) sedang mengesan jika ada saki baki mangsa kemalangan.
Sebuah bas terhumban ke dalam gaung di di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur ketika menuruni Genting Highlands petang ini. Sehingga 9 malam ini, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban.






Sebelum itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan kemalangan ini. Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.

Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak. Nahas bas ekspres yang terjunam 200 kaki ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuah bas awam Genting Highlands.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata bas tersebut jatuh ke dalam gaung sedalam 200 kaki. Menurut laporan awal, 16 mangsa sudah diselamatkan dan seorang yang terbunuh sudah dibawa ke hospital. Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas awam Genting Highlands.


Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut berangkat ke lokasi nahas bagi meninjau kerja-kerja menyelamat mangsa. Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.

Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.


Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung. Sehingga jam 7.15 malam, 12 orang disahkan maut manakala 21 lagi dikhuatiri turut terkorban.


Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan.


Sementara itu, Bernama melaporkan  Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Seri Dr Abu Hassan Ashaari berkata setakat pukul 6.28 petang, lima mayat mangsa nahas dihantar ke hospital berkenaan. Mangsa lain turut dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong, di Pahang untuk rawatan. 


"Setakat ini Hospital Selayang menerima tujuh pesakit, HKL (5), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa," katanya. Mangsa yang terlibat dalam lingkungan umur 19 hingga 50 tahun, katanya yang ditemui di hospital berkenaan. Sementara itu, akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, yang memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat, jumlah terkorban ialah 37 orang, 16 cedera.


Akhbar tersebut melaporkan bahawa mangsa yang terkorban terdiri daripada 32 Cina, tiga India dan dua Melayu. Semua mangsa dibawa keluar pada jam 8.15 malam. Oriental Daily juga melaporkan bahawa bas terbabit membawa 53 penumpang. Antara kemalangan bas di Genting Highlands

Senarai Nama Mangsa Cedera Bas Jatuh Gaung



 



Pihak berkuasa telah mengeluarkan senarai sebahagian nama mangsa yang terselamat dalam tragedi bas jatuh gaung di Genting Highlands petang tadi. Kesemua mangsa yang cedera ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. Berikut ialah nama mangsa yang cedera.
Hospital Selayang
1. Raawnok Arefin, 14, (lelaki) dari Bangladesh.
2. Nur Syamimi Ja’afar, 25, (wanita), Malaysia.
3. Nur Fathiah Ja’afar, 21, (wanita) – Malaysia.
4. Rashidah Buyah, 50, (wanita) dari Bangladesh.
5. Andri Purwaidi, 25, (wanita) dari Indonesia.
6. Nurul Quraitul Aini, 19, (wanita) Malaysia
7. Rezyan Arefin, 24, (lelaki) dari Bangladesh
8. Nur Fridil Gusman, 23, (lelaki) dari Indonesia.
Hospital Kuala Lumpur
1. Wong Teraphong, 63, lelaki, Thai
2. Saidah, 19, wanita, Malaysia
3. Razif, 26, lelaki, Malaysia
4. S.E Ali Haider son of Shyed Haider, 46, lelaki, Bangladesh
5. Tan Min Shing, 26, lelaki, Malaysia





Sebuah bas persiaran yang membawa 49 penumpang terhumban ke dalam gaung di KM3 ketika menuruni Genting Highlands petang ini.

Anggota bomba dan penyelamat mengesahkan 37 orang mati manakala 16 lagi mengalami kecederaan apabila sebuah bas terhumban di Genting Highlands pada kira-kira jam 3 petang tadi.

Pegawai unit kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Shukri Mohd Noor memberitahu Malaysiakini,pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22 petang.Katanya, anggota balai bomba tersebut berggegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat lanjut berhubung kemalangan tersebut.
Sementara itu, menurut Associated Press (AP), 30 penumpang berada di atas bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.
AP juga memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam 30 meter ke dalam gaung.
Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.


Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Seramai 37 terkorban manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands Rabu.


Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid.


Antara yang terbunuh dalam tragedi itu ialah warga Bangladesh, Thailand dan China.
Mereka yang cedera termasuk yang dilaporkan kritikal kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.
Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.
Soiman berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ialah 18 lelaki dan 12 wanita.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui.
"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya.
Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian.
Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal.
Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima) , Hospital Sungai Buloh (dua) dan seorang mangsa di Hospital Bentong.
Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.
Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.
Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL: 1. Wong Teraphong, 63 - Thailand 2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh 3. Saidah, 19 - Malaysia 4. Razif, 26 - Malaysia 5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia
Berikut nama mangsa dirawat di Hospital Selayang 1. Raawnok Arefin, 14 - Bangladesh 2. Nur Syamimi Ja'afar, 25 - Malaysia 3. Nur Fathiah Ja'afar, 21 - Malaysia 4. Rashidah Buyah, 50 - Bangladesh 5. Andri Purwadi, 25 - Indonesia 6. Nurul Quraitul Aini, 19 - Malaysia 7. Rezyan Arefin, 24 - Bangladesh 8. Nur Fridil Gusman, 23 - Indonesia
-- BERNAMA 

2 comments:

  1. Terima kasih di atas kerja keras anggota2 penyelamat yang bersungguh2 siang dan malam menangani kejadian ini...dan seharusnya kerajaan perlu ketatkan syarat2 bas atau kenderaan awam yang boleh ke genting...SPAD patut check...banyak saya lihat bas2 lama dan lori tiada sebarang perubahan selepas keluar puspakom...betul ke check? atau ada udangsebalik batu...

    ReplyDelete
  2. kerajaan akan ketatkan undng2 dan sebagainya..tetapi msalahnya...rakyat xpernah nk hargai...tgk la mcm2 hal skrng ni...POLIS TEMBAK JENAYAH,tapi POLIS DISALAHKAN...heran kan...huhuh

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC