Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday 5 August 2013

ISU BILIK PERSALINAN !!! DATUK NOH OMAR MEMBELASAH MCA,GERAKAN DAN DAP KAW-KAW !!!





Saya ingin memberi respon tentang kenyataan beberapa pemimpin daripada MCA,Gerakan dan DAP tentang isu kantin tandas yang menjadi isu panas sekarang.


1- Isu ini perlu diperjelaskan kerana org yg tidak siuman shj yg kata bilik itu tandas kerana hasil lawatan sy tiada mangkuk tandas di dlm bilik tersebut.Cuma yg ada hanya shower pipe yg sudah diterbalikkan oleh pihak sekolah untuk menghalang murid-murid dari menggunakannya.



2- Sy menyokong kehendak ibu bapa yg ambil berat tentang kebajikan anak mereka di sekolah tetapi masalahnya ialah kenapa baru sekarang nak ambil berat sedangkan ianya dah dimulakan semenjak bulan Mac yg lepas.


3- Apabila isu ini dikeluarkan pada bulan Ramadhan sudah tentu ianya akan melibatkan murid-murid bukan Muslim sahaja ( 32 org ) sedangkan murid-murid beragama Islam (1373 org) yg lain telah menggunakan bilik persalinan tersebut sejak 4 bulan yang lepas.Bila isu ini dikeluarkan sekarang seolah-olah pihak sekolah mengamalkan diskriminasi kaum.


4- Saya telah melawat sekolah tersebut baru-baru ini dan diberi taklimat oleh pihak sekolah yang turun dihadiri oleh wakil Pejabat Pelajar Daerah dan wakil PIBG.


5- Tujuan saya hadir adalah untuk mendapatkan fakta sebenar kerana isu ini boleh menjadi isu sensitif dan telah mendapat perhatian media antarabangsa.Ini menunjukkan seolah-olah kita mengamalkan diskriminasi kaum di sekolah dan menjatuhkan imej pendidikan negara.


6- Saya dimaklumkan Guru Besar sekolah tersebut telah membuat satu laporan polis.Beliau telah menjelaskan bagaimana perkara ini berlaku sehinggakan beliau mendapat satu ugutan bunuh.Saya mendesak pihak berkuasa menyiasat berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh beliau kerana kita tidak boleh menafikan hak kebebasan Guru Besar tersebut untuk hidup aman dan bebas.


7- Saya mencadangkan pihak berkuasa menyiasat dibawah Akta Hasutan tetapi sekiranya ianya tidak bersangkutan dengan akta tersebut,pihak berkuasa boleh menyiasat menggunakan mana-mana akta sekalipun.


8- Kepada pemimpin-pemimpin politik yang tidak mengetahui isu sebenar jangan membuat komen berdasarkan laporan media ataupun sumber media sosial sahaja. Saya nasihatkan mereka supaya turun padang sepertimana saya lakukan untuk mendapat penjelasan sebenar.

9- Jangan cuba nak jadi hero tanpa mengetahui fakta sebenar.-sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC