Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday 9 August 2013

PANAS: Apa sudah jai?? Pasangan kekasih Kantoi di Kondominium!!!!




KUALA LUMPUR – Kegiatan dua pasangan kekasih mencuri kenderaan dengan menggunakan alat mematikan sistem penggera kereta tidak bertahan lama apabila mereka diberkas kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, empat suspek yang berusia 31 hingga 36 tahun itu ditahan secara berasingan di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama di sini pada pukul 9 pagi.

“Penahanan terhadap kumpulan suspek itu dibuat selepas polis menerima satu laporan berkaitan kes curi kenderaan di kawasan Petaling di sini.

“Polis yang melakukan intipan menemui kereta tersebut jenis Proton Waja yang dinaiki dua wanita di kawasan tempat letak kenderaan kondominium berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini semalam.

Menurut Aida, soal siasat lanjut, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di situ dan menahan dua lelaki di dalamnya. – Kosmo

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC