Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 14 August 2013

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH!! wajib baca!!!


Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.


* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
* Memarahi orang yang puasa Asyura.
* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imammahdi).

Maklumat lanjut berkenaan Syiah bolehdidapati melalui laman web di bawah:
1. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. http://www.abunaaielah.blogspot.com/
3. http://www.tenteradajjal.blogspot.com/
4. http://www.hakekat.com/
5. http://www.kr-hcy.com/shia
6. http://www.ansar.org/english
7. http://www.alburhan.com/

12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq.

Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an,kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam.Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979.

 Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya.Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.

 Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.-sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC