Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 28 September 2013

BANTAH Fasa pertama projek mega ‘spiritual tourism’ di Pahang bernilai 10 bilion dijangka siap 2016


KUALA LUMPUR, 23 Sept – Satu projek pelancongan bernilai 10 bilion ringgit bakal dilaksanakan oleh syarikat Enchant Acres Sdn Bhd di Bukit Gambang, Pahang.

Projek yang dinamakan ’1 Malaysia Spiritual Tourism’ ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar mengatasi keluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang luasnya 493 ekar.

Dalam sebuah video, Pengerusi MMEC Global KB Tan berkata, projek bertemakan pelancongan keagamaan (spiritual tourism) ini mahu menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara yang multi-nasional dengan pelbagai agama, masyarakat, budaya yang hidup dalam keamanan, keharmonian dan perpaduan.

Katanya lagi, projek pelancongan ini bukanlah suatu perkara baru kerana sebelum ini konsep ‘spiritual tourism’ telah digunakan di beberapa tempat pelancongan seperti Kek Lok Si dan Sleeping Buddha di Pulau Pinang, Sam Po Thong Cave dan Perak Tong di Perak, Tian Hou Kong di Kuala Lumpur dan Batu Caves di Selangor.

Projek ini telah disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan Tourism Malaysia dengan objektif untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia.

Selain itu, projek ini akan memberi faedah kepada negeri Pahang apabila ramai pelancong asing akan melawat negeri itu apabila projek ini siap kelak.

Fasa pertama projek ini dijangka siap pada tahun 2016.

Projek ini akan dibangunkan kepada 2 zon utama yang mana satu resort akan ditubuhkan dengan persekitaran agama dan budaya yang dinamakan sebagai Ao Mi Sha.

Di zon ini akan dikumpulkan semua agama seperti Kuan Yin, Buddha Alam, Hindu, Sikh, Sai Baba, Taoisme, I- Kuan Tao, Confucianisme dan Kristian.

Disebabkan kawasannya terlalu luas, para pengunjung akan mengambil masa selama 3 hingga 5 hari untuk melawat semua zon. Oleh itu, sebuah hotel terbesar di dunia yang menempatkan 40 ribu katil akan dibina.

Selain itu, ruangan rekreasi dan komersil juga telah dirancang antaranya resort, pusat peranginan, restoran, pusat perniagaan, kelab, pusat-pusat hiburan, taman, kolej universiti, sekolah antarabangsa dan pusat pembelajaran.

Maklumat lanjut mengenai projek ini boleh diikuti pada pautan berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=-uhMgZHsPQo&feature=youtube_gdata_player
http://enchant1mst.com/Projects.html



http://www.ismaweb.net/v4/2013/09/fasa-pertama-projek-mega-spiritual-tourism-di-pahang-bernilai-10-bilion-dijangka-siap-2016/

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC