Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday 15 September 2013

Ketua Dewan Ulama PAS Sudah Beri Lampu Hijau,PAS Perlu Kaji Kerjasama Dalam PR



SHAH ALAM – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mencadangkan Pas supaya mengkaji semula kerjasama politik (tahaluf siasi) yang diadakan dengan PKR. "Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah hari ini. Sebelum ini, umum mengetahui Pas telah menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR secara rasminya pada 1 April 2008 di mana ia merupakan lonjakan baru bagi politik tanah air.



Ketiga-tiga parti ini telah dinamakan satu parti perikatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR). Selain itu, Harun dalam kertas ucapatamanya juga berkata, bagi melaksanakan kajian ini jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan erti reformasi, PKR.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi Pas kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," katanya. Beliau yang dihubungi Sinar Harian Online lewat petang tadi berkata, perkara itu telah dikemukan setelah berbincang dan mendapat persetujuan ahli Pas dan Dewan Ulama. "Saya telah berbincang mengenai perkara ini dan telah mendapat maklumabalas semua," katanya.

Apabila ditanya adakah beliau bersedia menghadapi tindak balas daripada rakan perikatan pembangkang itu, Harun berkata: "saya hanya menyuarakan untuk mengadakan kajian semula, tak mungkin mereka nak kecil hati pula,". "Saya juga terbuka menerima maklum balas mereka," tambahnya.-sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC