Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 25 September 2013

MEMALUKAN ! LIM GUAN ENG DAP TUDUH MELULU BERNIAT JAHAT ?!!! @dzainalabidin @APterkini

Sebelum ini Lim Guan Eng riuh tentang peruntukan kepada ADUN-ADUN UMNO di Pulau Pinang. Dan seperti biasa, kenyataan akhbar anak Lim Kit Siang DAP itu sarat dengan kecaman terhadap parti BN padahal isunya hanya tentang peruntukan!



Di antara omongan Setiausaha Agung DAP itu : 

1. Sebelum ini Kerajaan negeri telah cuba menjemput ADUN-ADUN UMNO untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Keajaan Negeri agar mereka ada buat kerja sambil menerima peruntukan. 
2. Keengganan ADUN UMNO bekerjasama dengan kerajaan PR seperti dapat kuasa peruntukan tanpa perlu bertanggungjawab langsung. seterusnya
Hari ini Lim Guan Eng DAP telah 'dilondehkan' oleh YB Dato' Jahara Hamid!

Di antara pendedahan beliau :
1. Tidak ada jemputan untuk menyertai MMK Negeri diterima oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional – hanya beberapa orang menerima surat jemputan untuk menyertai satu Jawatankuasa Kebajikan dan Alam Sekitar di bawah Y.B. Tuan Phee Boon Poh.
2. Ianya berniat jahat, mempunyai unsur untuk menghasut dan memutar belit fakta dan menipu rakyat supaya mempercayai perkara yang sama sekali tidak benar kerana selama ini segala peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada ADUN Barisan Nasional diletakkan di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri dan dikeluarkan mengikut SOP yang telah disediapakai dengan telus.
Jika tidak ada jemputan untuk menyertai MMK negeri, apakah Lim Guan Eng DAP telah berbohong besar kepada rakyat?

Dan jika beliau berbohong, Setiausaha Agung DAP itu sudah pasti tidak menjawab segala penjelasan yang diberikan oleh Jaharah Hamid. Sebelum ini pun, Tunku Aziz pernah labelkan Lim Guan Eng DAP sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

Sila baca kenyataan sepenuhnya :
KENYATAAN AKHBAR



YB DATO' HAJJAH JAHARA BINTI HAMID
KETUA PEMBANGKANG DUN PULAU PINANG
SELASA, 24 SEPTEMBER 2013

Saya memandang berat kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng yang disiarkan di dalam akhbar The Star pada 23 September 2013 (m/s 13) dan akhbar Guang Ming Daily.

Beliau mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk memperuntukan sebanyak RM40,000.00 setahun untuk setiap Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang untuk pembangunan kecil mulai tahun 2014.

Beliau juga menyatakan bahawa “Apabila mekanisma pengagihan peruntukan disediakan, ianya akan dibentang di dalam Bajet 2014 yang akan dibentang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada akhir tahun ini.

Beliau juga menyatakan bahawa ADUN UMNO (pembangkang) tidak mahu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri keranamenolak tawaran untuk menyertai “State Executive Council” atau Exco Negeri. 
Beliau mahu ADUN Barisan Nasional menyertai Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana beliau bimbang ADUN Barisan Nasional tidak akan mengikut SOP (Panduan Piawaian Perlaksanaan) seperti :-

1. mengadakan tender terbuka yang kompetatif;

2. menghalang penyertaan ahli keluarga dalam urusan Kerajaan Negeri. (memberi anggapan bahawa ADUN Barisan Nasional selama ini tidak bersih) 

Di dalam akhbar Guang Ming Daily, beliau terus menuduh ADUN Barisan Nasional hanya mahu duit tetapi tidak mahu jalankan tanggungjawab.

Sebenarnya tawaran peruntukan sebanyak RM40,000.00 setahun bukan usaha untuk 'reconciliation' tetapi hanya taktik kotor untuk kepentingan politik supaya rakyat memandang rendah kepada ADUN Barisan Nasional dan membenci mereka kerana tidak mengamal budaya bersih (bila tak buat tender terbuka, tidak berintregreti, bila mengamalkan kronisma dan dengan menuduh mereka membenarkan ahli keluarga terlibat dalam urusan Kerajaan Negeri) dan tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Ini adalah satu tuduhan tanpa bukti yang melulu dan amat serius bertujuan untuk membuat rakyat Pulau Pinang mempunyai persepsi negatif terhadap semua ADUN Barisan Nasional terutama di kawasan yang mana rakyat telah memberi kepercayaan dengan mengundi dan memenangi mereka dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. 
Ianya berniat jahat, mempunyai unsur untuk menghasut dan memutar belit fakta dan menipu rakyat supaya mempercayai perkara yang sama sekali tidak benar kerana :-

Selama ini segala peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada ADUN Barisan Nasional diletakkan di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri dan dikeluarkan mengikut SOP yang telah disediapakai dengan telus. 
Tidak ada sebarang peruntukan yang disalurkan terus kepada ADUN-ADUN secara peribadi! (Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru nak buat garis panduan) dan kenapa perlu buat SOP untuk ADUN-ADUN Barisan Nasional??

Tidak ada jemputan untuk menyertai MMK Negeri diterima oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional – hanya beberapa orang menerima surat jemputan untuk menyertai satu Jawatankuasa Kebajikan dan Alam Sekitar di bawah Y.B Tuan Phee Boon Poh.

Kalau dah minta diberi mandat daripada rakyat untuk memerintah kenapa nak minta ADUN Barisan Nasional duduk sekali pula?! Kecuali PKR nak buat kerajaan campuran, itu lain cerita!! ADUN Barisan Nasional Pulau Pinang bukan "confrontation" tetapi RASIONAL !! sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC