Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday 27 September 2013

PANAS: Mereka semakin Berani!! Penguatkuasa KPDNKK diugut kumpulan lelaki bersenjata!!



Sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), diugut sekumpulan lelaki bersenjata tajam ketika membuat operasi membanteras cetak rompak di Cheras semalam.


Tujuh lelaki berusia antara 16 dan 46 tahun itu mengacukan pisau, parang samurai, pedang, besi dan rotan terhadap 13 pegawai KPDNKK berkenaan, mengarahkan mereka supaya melepaskan enam suspek yang ditahan oleh pasukan penguatkuasa itu.

Ketua Pasukan Petugas Khas Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Putrajaya, Fahmi Kasim berkata ketika itu pasukan penguat kuasa berkenaan menyerbu sebuah premis di Taman Mahkota Cheras yang dipercayai menjalankan perniagaan video cakera padat cetak rompak.

"Seorang daripada mereka menuntut kami supaya menyerahkan enam suspek yang ditahan di dalam rumah itu. Kami akur, tetapi polis peronda sempat membantu dan memberkas dua orang daripada mereka bersama dua lagi yang ditahan pasukan penguatkuasa ketika cuba melarikan diri," katanya.

Mereka ditangkap apabila sebuah daripada tiga kenderaan yang mereka dinaiki terlanggar kereta orang awam dan kenderaan milik KPDNKK.

Baki yang lain terlepas dan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Long, katanya.

Fahmi berkata premis yang diserbu disyaki dijadikan stor menyimpan dan membungkus VCD cetak rompak untuk dijual sekitar kawasan Semenyih dan Kajang.

Pasukan penguatkuasa itu merampas sebanyak 6,048 keping VCD cetak rompak, 868 keping VCD filem terbaharu termasuk Adnan Sempit, KL Zombie dan Iron Man3, bernilai kira-kira RM70,000, katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan insiden itu.

- Bernama

1 comment:

  1. Lainkali operasi bawalah polis sekali. Bertindak secara bijaksana.

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC