Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 26 September 2013

PEMILIHAN UMNO 2013 YANG SANGAT MENGEJUTKAN !! #TF4MT





Di bawah adalah senarai calon-calon Majlis Tertinggi UMNO yang terbaru tetapi satu perkara telah mengejutkan MiM dan sahabat-sahabat Media alternatif yang lain.



Majlis Tertinggi UMNO
SHAHIDAN BIN KASSIM - 1
SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH - 2
AZIZ JAMALUDIN BIN HJ MHD TAHIR - 3
ISMAIL SABRI BIN YAAKOB - 4
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN – 5
ANNUAR BIN HAJI MUSA - 6
ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN - 7
TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN – 8
MISRI BIN BARHAM - 9
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN -10
MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR – 12
AHMAD SHABERY BIN CHEEK – 13
AB AZIZ BIN KAPRAWI – 14
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM - 15
MUSTAPA BIN MOHAMED - 16
SOHAIMI BIN SHAHADAN - 17
IDRIS BIN HJ JUSOH - 18
MAHDZIR BIN KHALID - 19
RAZALI BIN IBRAHIM - 20
MOHD PUAD BIN ZARKASHI - 21
HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE - 22
YUSOFF BIN ISHAK – 23
MOHD ARIFF BIN ABDUL AZIZ - 24
JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS - 25
MOKTAR BIN RADIN – 26
AB WAHAB BIN IBRAHIM – 27
ZAWAWI BIN OTHMAN - 28
RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH - 29
ROSNI BINTI ZAHARI - 30
JAMIL KHIR BIN BAHAROM - 31
ABD RAHMAN BIN DAHLAN - 32
ABD. LATIFF BIN AHMAD - 33
RAZALI BIN HUSAIN – 34
NORRAESAH BINTI MOHAMAD - 35
AZALINA BINTI OTHMAN - 36
SITI ZAHARAH BINTI SULAIMAN - 37
MD ALWI BIN CHE AHMAD - 38
AZMAN SHAH BIN OMAR SHAH - 39
MOHAMAD BIN HJ HASAN – 40
TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN - 41
MAZNAH BINTI ABD HAMID - 42
HAMIDAH BINTI OSMAN - 43
HASAN BIN MALEK - 44
MOHD SAZILI BIN SHAHIBI – 45
ABD ZARIN BIN MOHD YASIN - 46
MOHAMAD SATIM BIN DIMAN - 47
AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHAMED - 48
IDRIS BIN HARON - 49
MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL - 50
WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD - 51
NUR JAZLAN BIN MOHAMED - 52
NASIR BIN SAFAR - 53
AZLAN BIN MAN - 54
ZUBIR BIN HARUN – 55
AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN – 56
MOHSIN BIN YUSOFF - 57
SAIFUDDIN BIN ABDULLAH - 58
ISHAK BIN ISMAIL – 59
A RAHIM BIN TAMBY CHIK - 61
AHMAD BIN JAAFAR – 62
REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN – 63
SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO - 64
MiM terkejut besar apabila nama Tun Faisal Aziz digugurkan dalam pencalonan MT UMNO.

Seriously, siapa yang tidak kenal Tun Faisal Aziz, Pengerusi Unit Media Baru (UMB) yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia. Seluruh famili penggerak media alternatif sama ada pro-BN atau pun pro-pembangkang kenal beliau.



Beliau adalah AJK Pemuda UMNO Malaysia yang menang bertanding semasa pemilihan Pemuda UMNO pada tahun 2008 bukan atas perlantikan.

Dan Tun Faisal Aziz adalah salah seorang daripada calon Pemuda yang mendapat endorsement daripada YB Khairy Jamaluddin dan seluruh Pemuda UMNO Malaysia.

Daripada kekurangan, parti UMNO sekarang ini mempunyai jentera media alternatif pro-BN yang berjaya mengimbangi media alternatif pro-pembangkang.

Bukan sahaja daripada UMB Pemuda UMNO Malaysia tetapi juga sahabat-sahabat bloggers, facebookers dan twitterians lain yang aktif dalam media alternatif. Kami semua adalah satu famili yang berpihak kepada UMNO/BN dan menentang pembohongan pembangkang.

Tetapi jangan kita menafikan sumbangan besar Tun Faisal Aziz sebagai salah seorang pelopor utama yang membantu mencorak dan menguatkan parti UMNO di alam maya secara keseluruhannya.

Maka apabila famili media alternatif pro-UMNO/BN dikejutkan dengan berita Tun Faisal Aziz digugurkan, kita tentu berasa sangat kecewa dan sudah pasti ada yang marah.

Jika jawatan AJK Pemuda Pusat tidak boleh dipertimbangkan sebagai syarat untuk membenarkan Tun Faisal Aziz bertanding untuk MT UMNO, di manakah nilai AJK-AJK sayap parti UMNO pusat yang sebenarnya di mata pengurusan parti UMNO?

Ya, MiM tahu bahawa di antara syarat-syarat untuk bertanding MT UMNO ialah calon itu pernah menjawat AJK Bahagian tetapi dimanakah rasionalnya menolak calon yang pernah menyandang AJK sayap peringkat negara?

Malah, sejarah pengubahsuaian perlembagaan tentang syarat-syarat pemilihan kepimpinan UMNO meletakkan syarat AJK Bahagian supaya calon-calon itu terdiri daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang berpengalaman dan aktif menyumbang untuk parti dan bukannya Tom or Jerry atau bidan terjun yang hanya muncul semasa pertandingan.

MiM setuju dengan penambahan syarat tersebut tetapi bukankah Tun Faisal Aziz terbukti telah aktif menyumbang bakti tetapi diperingkat yang lebih besar iaitu negara?

Di kesempatan ini, MiM merayu kepada DS Najib Razak, Presiden parti UMNO dan TS Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan parti UMNO supaya mempertimbangkan kembali pencalonan Tun Faisal Aziz dalam pemilihan MT UMNO.

MiM percaya kepimpinan tertinggi UMNO pusat sentiasa rasional mempertimbangkan rayuan ini dan juga Tun Faisal Aziz. 

Dalam masa yang sama, berilah muka kepada YB Khairy Jamaluddin dan seluruh kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang sebelum ini telah bersetuju sebulat suara menyokong pencalonan Tun Faisal Aziz.

Tambahan pula, sebelum ini pihak pengurusan parti juga pernah bertimbang rasa bersetuju membenarkan salah seorang exco Pemuda UMNO Malaysia bertanding calon Naib Ketua Pemuda Malaysia walau pun tahun kelahiran beliau menjangkaui syarat yang telah ditetapkan.

Sekali lagi MiM merayu kepada DS Najib Razak dan TS Muhyiddin Yassin. 

P/s: MF sependapat dengan MiM supaya Pihak Kepimpinan Tertinggi UMNO untuk mempertimbangkan kembali!! TUN FAISAL AZIZ , merupakan calon pilihan orang muda banyak perkara telah dilakukan beliau bagi menaikan martabat UMNO.

Sebagai pengerak utama anak muda di Media Sosial,Tun Faisal Aziz berhak dicalonkan sebagai Majlis Tertinggi UMNO,dan MF yakin bahawa populariti TUN FAISAL AZIZ melebihi calon-calon majlis tertinggi yang lain.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC