Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday 30 September 2013

TERKINI:POLIS PULAU PINANG TAHAN TIGA LELAKI TERMASUK DUA ANGGOTA KONGSI GELAP

gambar hiasan

Georgetown, 30 Sept - Tiga lelaki, termasuk dua anggota kongsi gelap yang disyaki terlibat dalam tiga kejadian tembak di negeri ini dan di Sabak Bernam, Selangor ditahan dalam dua serbuan di Kuala Kurau, Perak.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata tiga lelaki berusia 36 hingga 60 tahun itu ditahan Jumaat lepas dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang.

Beliau berkata dua lelaki yang bekerja sebagai penjual kereta ditahan dalam serbuan pada pukul 1.30 pagi dan susulan itu polis menyerbu sebuah lagi rumah dan menahan seorang lelaki berusia 60 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dua lelaki terbabit.

Dalam serbuan pertama, polis turut merampas dua pucuk pistol bersama 675 butir peluru, katanya.

Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati mereka yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan dua kejadian tembak pemilik sebuah restoran Simpang Ampat dekat sini awal bulan ini.

"Kami percaya mereka mempunyai kaitan dengan kejadian tembak itu yang mencederakan enam pelanggan lelaki yang sedang minum di sebuah restoran di Taman Kasawari, 24 Ogos lepas dan seminggu kemudian pemilik restoran tempat kejadian itu juga ditembak," katanya.

Beliau berkata selain itu, tiga lelaki berkenaan disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian tembak di Sabak Bernam, Selangor.

"Susulan penahan tiga lelaki itu, kami percaya dapat menyelesaikan dua kes di negeri ini dan satu di Sabak Bernam. Mereka kini direman bagi membantu siastan," katanya.

Sementara itu Abdul Rahim berkata setakat ini polis Pulau Pinang telah menyelesaikan 12 kes tembak di negeri ini dan percaya dapat selesaikan sembilan lagi kes membabitkan kejadian tembak.

Dalam perkembangan lain, katanya polis Pulau Pinang menahan 491 individu dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan sejak 17 Ogos lepas hingga semalam di seluruh negeri ini dan 80 orang daripada yang ditahan itu merupakan anggota kongsi gelap.

"Kami merampas enam pucuk pistol, 14 bilah parang, 16 batang rotan dan pelbagai jenis senjata lain. Polis turut merampas pelbagai barangan termasuk kereta," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC