Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 30 October 2013

Pencuri Tebuk Bumbung Kedai Runcit!! @ParitBuntarR



PARIT BUNTAR – Pemilik sebuah kedai runcit di sini kerugian lebih RM1,000 selepas premisnya dipecah masuk pencuri.

Ooi Kim Leng, 56, berkata, sewaktu hendak memulakan perniagaan pada jam 8 pagi kelmarin, dia terkejut mendapati bumbung kedainya pecah dan keadaan dalam kedainya berselerak.

“Sewaktu melangkah masuk, saya hairan mendapati cahaya matahari masuk ke dalam kedai dan terkejut mendapati bumbung kedai saya ditebuk.

“Menyedari ada tanda-tanda kedai dipecah masuk, saya segera memeriksa tempat menyimpan wang dan rak menyimpan rokok namun hampa setelah mendapati kesemuanya lesap dilarikan pencuri,” katanya sewaktu ditemui media di kedainya di Taman Pekan Baru, di sini
kelmarin.

Kim Leng berkata, susulan kejadian itu, dia mengalami kerugian lebih RM1,000 berikutan wang syiling dan rokok pelbagai jenama yang disimpan lesap dilarikan pencuri terbabit.

Lebih mengejutkan, Ooi menegaskan sebuah rumah kelab sukan yang terletak berhampiran kedainya turut dipecah masuk melalui pintu masuk utama yang diumpil.

“Peliknya, tiada sebarang harta benda bernilai dikenal pasti dilarikan pencuri terbabit melainkan beberapa botol minuman keras yang berselerak di atas lantai premis itu.

“Saya yakin minuman keras itu telah dinikmati kumpulan pencuri terbabit setelah ‘penat’ melakukan kegiatan mencuri di premis saya,” katanya.

Ooi berkata, kejadian pecah masuk kedainya itu sudah kali kedua berlaku dalam tempoh setahun dan pihaknya berharap polis dapat mempertingkatkan rondaan di kawasan Taman Pekan Baru bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

-Sinar harian

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC