Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 4 December 2013

Sekitar Perasmian Sayap Wanita , Pemuda & Puteri #UMNO #PAU2013




Semalam telah berlangsungnya perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) oleh YAB Timbalan Presiden UMNO ,Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin.






YAB Timbalan Presiden menyampaikan ucapannya yang bertajuk "MENYAMBUNG RISALAH PERJUANGAN SUCI" kepada semua perwakilan Wanita , Pemuda & Puteri yang memenuhi dewan persidangan.Ucapan yang bersemangat itu jelas memperlihatkan bahawa UMNO komited untuk terus menjadi parti teras kepada rakyat Malaysia selain daripada mengingatkan sayap-sayap supaya terus bekerja untuk kemajuan parti.


Di akhir ucapannya YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin jelas memberikan isyarat supaya seluruh jentera parti perlu memberikan fokus kepada persiapan menghadapi PRU14 selain daripada berikrar untuk terus mempertahankan agenda Melayu dan Islam.


"Ingatlah, berjaya atau gagal perjuangan kita sebahagian besarnya terletak di atas bahu saudara-saudari semua. Maka seharusnya saudara-saudari sudah lebih daripada bersedia untuk menyahut cabaran besar ini. Akhirnya, berdoa dan bertawakkallah kepada Allah. Mudah-mudahan, Allah s.w.t memberkati perjuangan kita dan memberikan kita kemenangan."


Baca teks ucapan penuh di SINI


Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis perasmian semalam..


















Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha 
Melayukan gagah di Nusantara 


MMi

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC