Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday 10 March 2014

PENTAGON Sahkan Tiada Letupan Pesawat Di Laut China Selatan!! #praysforMH370


Post by APT.


Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan.

Menurut laporan The New York Times, yang memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal
tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di
kawasan perairan itu.

Pegawai yang ditemuramah oleh The New York Times itu bagaimanapun enggan mendedahkan namanya atas alasan maklumat yang diberi adalah sulit.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari
14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat
Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual
mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat
kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya
kepada pusat kawalan trafik di Subang.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC