Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 6 May 2014

Al-Fatihah Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar meninggal dunia akibat penyakit jantung Jam 2 Pagi Tadi.



Kuala Lumpur: Seniman negara, Datuk Abdul Aziz Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Menurut anak perempuannya Sandakiah Aziz, turut berada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhirnya adalah dua anak, menantu dan cucu.


Katanya, jenazah akan dibawa ke kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras untuk dikebumikan sebelum Zohor di Tanah Perkuburan Islam di Cheras Perdana.

Seluruh ahli keluarga dan saudara termasuk dari Johor dan Singapura dijangka tiba pagi ini untuk membantu menguruskan jenazah Allahyarham.



Pelakon veteran itu dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kajang akibat sakit jantung, malam kelmarin.- myMetro

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC