Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday 6 June 2014

Tindakan Najib Saman Malaysiakini Apa Kata TUN M-(video)

alt

KUALA LUMPUR 4 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap tindakan Perdana Menteri memfailkan saman ke atas portal berita Malaysiakini adalah hak peribadi.

Jelas beliau, ini kerana negara mempunyai undang-undang jika seseorang itu menyakiti hati orang lain.

“Itu beliau punya hak. Awak cakap sesuatu benda yang menyakitkan hati orang, undang-undang sentiasa ada,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Siri Syarahan Perdana Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak di sini hari ini.


Beliau mengulas tindakan Najib memfailkan saman terhadap portal berita pro-pembangkang, Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel berunsur fitnah bertajuk A case of the PM reaping what he sows dan How much will Najib spend to keep Terengganu.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Mei lalu.

Bagaimanapun secara seloroh, Mahathir berkata, beliau tidak akan  mengambil tindakan yang sedemikian kerana dalam politik, kutukan dan pujian adalah perkara biasa buat seseorang pemimpin.

“Saya ramai orang cakap dan gelar macam-macam. Saya tidak pergi ke mahkamah kerana tidak ada duit nak bayar peguam.

“Sebelum ini Anwar saman saya RM100 juta. Saya lawan lima tahun di mahkamah. Bayar peguam. Lepas itu dia kalah, saya dapat berapa? RM70,000. Nak bayar peguam pun tak cukup.

“Sepatutnya Anwar saman saya RM100 juta, bila dia kalah bayarlah kepada saya RM100 juta. Baru adil. Ini tak adil, dapat RM70,000 bayar kepada peguam. Lima tahun saya terseksa,” katanya.


No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC