Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday 20 June 2014

Tukang jahit dihukum gantung sampai mati




Kota Bharu: Seorang tukang jahit wanita dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mengedar dadah jenis heroin 54.72 gram, tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh Zaruna Yusof, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.



Mengikut pertuduhan, Zaruna didakwa mengedar heroin seberat 54.72 gram di Pekarangan Tempat Letak Kereta, berhampiran tandas awam, Stadium Sultan Muhammad IV, Jalan Bayam, di sini pada jam 1.35 petang , 21 Januari 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. 


Sementara itu seorang jurugambar cedera di kepala dipukul oleh dua lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa.
Ketika kejadian jurugambar berkenaan sedang mengambil gambar tertuduh sebelum dia diserang oleh ahli keluarga tertuduh.

Kamera mangsa turut pecah dihempas oleh salah seorang ahli keluarga mangsa.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC