Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 5 July 2014

INFO: 10 KALANGAN MANUSIA SOLAT NYA TIDAK DITERIMA ALLAH!!



10 KALANGAN MANUSIA SOLAT NYA TIDAK DITERIMA ALLAH...MALAH MENAMBAH MURKA ALLAH 10 KALANGAN MANUSIA YANG SOLAT NYA TIDAK DITERIMA ALLAH

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” -(Tabyinul M
ahaarim) Rasulullah s.a.w juga bersabda bahawa: “ 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t,

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya. 4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya. 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak.

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

 10. Orang yg solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yg keji dan mungkar.” Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t dan jauh dari Allah.” Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari terus melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.” Wallahu’alam…



Read more at: http://www.tenangjiwaku.tk/2014/07/10-solat-yang-allah-tidak-terimamalah.html

1 comment:

  1. Walau mungkin tak berpahala, tp sudah dia melakukan kewajipannya.
    Kalau tak solat lagi parah.
    Walau berdosa jika masih solat, masih ada lg taliannya dgn Allah swt. Masih lg dia mengulang ngulang Kalimah Shahadatainnya utk kembali dia kpd Islam jika pun terkeluar Islam seketika dlm menjalani hari harinya dek kerana kejahilan dan maksiatnya. Tp bila tidak solat, bagai sudah putus hubungan dgn Allah swt.
    Jgn sesekali meninggalkan solat !

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

SILA KLIK PIC